Saya cuba analogikan voltan dan arus dengan pergerakan air dalam paip.
- Voltan: tekanan air dalam paip
- Arus: air yang mengalir dalam paip
- Rintangan: tahap pembukaan pili air (jika pili air dibuka besar,semakin mudah air keluar dari pili, jika pili paip dibuka kecil, air agak sukar keluar dari pili)
Contoh:
Apabila kita buka pili air pada tahap maksimum, sekiranya tekanan air
tinggi, maka air akan keluar dengan laju, sekiranya tekanan air rendah,
maka air yg keluar dari pili adalah perlahan walaupun pili air sudah
dibuka maksimum.
Sekiranya tekanan air dalam paip tinggi, tetapi pili air dibuka sedikit
sahaja, maka aliran air yang keluar pun perlahan. Jika tekanan air
rendah, pili air dibuka sedikit sahaja, lagilah perlahan air yang
keluar.
Sama kesnya seperti voltan dan arus, sekiranya voltan tinggi dibekalkan
pada rintangan rendah, maka arus akan menjadi tinggi. Jika voltan tinggi
dibekalkan pada rintangan tinggi, maka arus akan menjadi rendah.
No comments:
Post a Comment